5 Bahagian Kereta Wajib Servis Sebelum Balik Kampung
Dah servis kereta dan bersedia untuk ‘konvoi’ balik kampung bersama 4.7 juta pemandu lain raya ini?
Dalam persediaan menempuh kesesakan lebuhraya dan keadaan cuaca yang tidak menentu, pastikan kenderaan anda selamat untuk dipandu.
Ketahui 5 bahagian kereta yang perlu diservis untuk perjalanan pulang ke kampung yang lebih lancar.
Pro tip: Formula untuk mudah ingat bahagian servis kereta: B.E.L.I.T
B untuk Brek.
Bila perlu tukar?

Kebiasaannya, mekanik akan beritahu jika brake pad anda perlu ditukar. Tetapi, jika anda ingin membuat pemeriksaan sendiri, gunakan 4 cara berikut:
Dengar | Rasa | Lihat | Pantau |
Adakah brek anda mengeluarkan bunyi apabila pedal ditekan? | Apabila anda menekan brek, adakah ia terasa keras atau bergegar? | Adakah lampu indikator untuk brek atau ABS anda menyala? | Adakah kali terakhir anda tukar brake pad pada 12 bulan yang lalu atau 20,000 km yang lepas? |
Jika salah satu daripada situasi di atas berlaku, segera ke pusat servis berdekatan untuk menukar brake pad yang baharu.
E untuk Enjin.

Bahagian enjin | Cara periksa | Tindakan |
Bacaan mileage | Semak jika bacaan telah mencapai tahap untuk diservis (rujuk pada pelekat servis kereta terakhir) | Segera ke pusat servis kereta |
Tangki air @ coolant | Buka penutup radiator untuk melihat tahap air yang ada (lakukannya ketika enjin kereta masih sejuk) | Tambah air ke tahap yang sepatutnya |
Tangki minyak brek, klac dan stereng | Pastikan tahap cecair berada di antara paras maksimum dan minimum. Saranan: Cecair brek ditukar setiap 40,000 km | Tambah cecair minyak brek sehingga mencukupi. Rujuk manual kereta anda untuk mengetahui gred cecair yang diperlukan. Atau, bawa ke pusat servis kereta untuk memastikan penggunaan minyak yang betul dan membaiki jika ada kebocoran. |
Tahap minyak enjin | Periksa pengukur celup dan lihat takat minyak. Lubang kecil pertama: aras minimum Lubang kecil kedua: aras maksimum | Jika minyak pada aras minimum, tambah minyak. Jika minyak kelihatan agak hitam dan pekat, tukar minyak hitam anda di pusat servis kereta atau bengkel. |
Hos-hos getah atau sambungan-sambungan lain | Periksa jika ada kebocoran atau hos getah yang haus | Bawa ke pusat servis kereta untuk menggantikannya dengan yang baharu |
L untuk Lampu.

Hidupkan suis-suis lampu yang ada di kereta anda, satu per satu. Pastikan setiap lampu menyala dengan terang.
Jika ada lampu yang tidak berfungsi, periksa fiusnya terlebih dahulu sebelum menukar mentol lampu tersebut.
Jika anda tidak mahir untuk menukarnya, anda boleh bawa ke pusat servis kereta untuk menggantikannya dengan yang baharu.
I untuk Insurans.
Ya, insurans pun kena ‘servis’ juga.
Periksa tarikh luput perlindungan insurans atau takaful kereta anda.
Anda boleh memperbaharui pelan seawal 2 bulan sebelum tarikh luput, lebih awal, tak kalut.
Untuk pembaharuan sepantas 5 minit, lakukannya secara dalam talian di sini.
T untuk Tayar.

Tukar tayar kereta anda sekiranya:
- Terdapat perubahan bentuk seperti benjolan atau koyak.
- Lihat pada bunga tayar kereta anda, jika coraknya kelihatan pudar ini bererti tayar kereta anda sudah haus.
Periksa keadaan tayar simpanan dan peralatan membuka tayar. Pastikan kesemuanya dalam keadaan baik untuk digunakan pada saat kecemasan.
Kereta raya anda lebih bergaya dengan Etiqa
Perlindungan insurans atau takaful kereta Etiqa menyediakan pelbagai perkhidmatan yang pastinya bermanfaat untuk anda pada sepanjang musim perayaan ini.

- Jika kereta anda rosak dalam perjalanan pulang ke kampung, anda boleh menggunakan perkhidmatan tunda kereta secara percuma sehingga 300 km*
*Untuk tempoh terhad dari 15 April sehingga 14 Julai 2022
- Tak perlu beratur! Perbaharui secara dalam talian untuk rebat 10%.
- Tukar-tukar pemandu kerana letih memandu? Etiqa melindungi semua pemandu secara automatik.
- Berlaku kecemasan lewat malam? Hubungi talian kecemasan 24/7 di 1-800-88-6491
Perbaharui atau langgani pelan perlindungan anda sebelum pulang ke kampung!