5 Ciri Takaful Kereta Terbaik Untuk Anda
Masih mencari-cari perlindungan takaful kereta yang terbaik untuk anda? Tak tahu kriteria apa yang perlu diutamakan?
Biar kami bantu anda senaraikan 5 ciri takaful kereta terbaik yang diinspirasikan daripada pengalaman sebenar sebahagian pemandu di Malaysia.
Menawarkan Perkhidmatan Pelanggan Yang Pantas Dan Tersedia 24 Jam Sehari

Kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa. Jika kereta kita dilanggar di tengah highway pukul 3.30 pagi pada tengah malam, sudah tentu kita panik dan ingin mendapatkan bantuan dengan kadar segera.
Bayangkan perkhidmatan pelanggan hanya beroperasi pada waktu tertentu, takkan kita yang sedang serabut ditimpa kemalangan ni nak tunggu?
Perlindungan takaful kereta terbaik akan menyediakan perkhidmatan pelanggan yang pantas untuk memudahkan proses tuntutan yang dibuat.
Anda boleh menarik nafas lega sekiranya kereta anda dilindungi takaful kereta Etiqa yang menawarkan perkhidmatan pelanggan 24 jam. Selain panggilan telefon, anda boleh menggunakan aplikasi Etiqa+ untuk mendapatkan perkhidmatan tunda atau bantuan tepi jalan tanpa perlu log masuk ke akaun anda.
Melindungi Kereta Anda Walaupun Bukan Anda Yang Memandu

Kadangkala, kereta kita mungkin dipandu oleh pasangan, adik-beradik atau kawan-kawan. Tetapi, jika berlaku kemalangan semasa mereka yang memandu, adakah kereta anda masih layak dilindungi?
Sesetengah perlindungan takaful memerlukan sumbangan tambahan untuk anda menamakan pemandu-pemandu lain yang akan menggunakan kereta anda.
Tetapi perlindungan takaful kereta terbaik seperti takaful kereta Etiqa menawarkan perlindungan secara automatik tanpa sumbangan tambahan. Asalkan individu tersebut menerima kebenaran anda dan mempunyai lesen yang sah untuk memandu, kereta anda masih layak dilindungi!
Proses Permohonan Dan Pembaharuan Yang Mudah

Pilih perlindungan yang memanfaatkan kelebihan teknologi pada masa kini. Sama ada menerusi ejen mahupun dalam talian, permohonan dan pembaharuan takaful kereta kini lebih mudah tanpa memerlukan anda untuk beratur di kaunter atau keluar dari rumah.
Untuk menjimatkan masa, anda boleh memilih untuk memperbaharui pelan takaful kereta Etiqa melalui laman web MotorTakaful.com atau aplikasi mudah alih, Etiqa+. Kedua-keduanya memudahkan anda untuk memperbaharui takaful kereta secara dalam talian dalam hanya 5 minit.

Jika anda menggunakan aplikasi Etiqa+, anda juga akan menerima notifikasi ketika pelan anda menghampiri tarikh tamat. Dengan hanya beberapa klik, anda boleh memperbaharui pelan anda seawal 2 bulan sebelum ia tamat tempoh. Hanya aktifkan notifikasi aplikasi Etiqa+ agar anda tidak terlepas tarikh pembaharuan!
Menggalakkan Anda Untuk Mengambil Perlindungan Mengikut Nilai Yang Dipersetujui

Pengendali takaful kereta terbaik akan menyarankan anda untuk mengambil perlindungan mengikut Nilai Yang Dipersetujui (Agreed Value) berbanding Nilai Pasaran (Market Value). Ini membolehkan anda untuk membuat tuntutan pampasan maksimum jika berlaku kemalangan yang teruk.
Contoh:
Kereta baharu Ahmad bernilai RM45,000.
Ahmad membuat pembaharuan (renewal) pada tahun ke-2 (Disember 2023)
Nilai Yang Dipersetujui: RM42,000
Nilai Pasaran: RM42,000
Pada bulan Oktober 2024, Ahmad mengalami kemalangan dengan kerugian sepenuhnya (total loss).
Pada hari penilaian dibuat untuk pampasan, Nilai Pasaran kereta tersebut adalah RM38,000.
Dengan perlindungan mengikut Nilai Yang Dipersetujui: Ahmad masih layak menerima RM42,000.
Dengan perlindungan mengikut Nilai Pasaran: Ahmad hanya akan menerima maksimum RM38,000.
Sumbangan tahunan yang perlu anda buat mengikut Nilai Yang Dipersetujui mungkin tinggi sedikit berbanding Nilai Pasaran, tetapi pilihan ini lebih berbaloi jika anda perlu menuntut pampasan di kemudian hari.
Ketahui lebih lanjut:
Berkongsi Lebihan Daripada Dana Takaful Am Bersama Anda (Jika Ada)

Dikenali sebagai Perkongsian Lebihan (Surplus Sharing), pengendali takaful kereta akan berkongsi lebihan keuntungan daripada Dana Takaful Am bersama peserta pada akhir tempoh kewangan mengikut nisbah perkongsian yang dipersetujui.
Sebagai peserta, anda akan menerima perkongsian lebihan ini sekiranya pelan perlindungan anda masih berkuatkuasa dan tiada sebarang tuntutan dibuat sepanjang tempoh perlindungan takaful tersebut (kecuali tuntutan cermin, knock-for-knock*, dan aksesori).
*Tuntutan knock-for-knock (KFK) merujuk kepada tuntutan kemalangan yang tidak berpunca daripada kesalahan anda. Anda boleh membuat tuntutan kepada syarikat insurans atau pengendali takaful kereta anda tanpa kehilangan Diskaun Tanpa Tuntutan atau No-Claim Discount (NCD). Pihak insurans atau takaful anda seterusnya akan membuat tuntutan kepada syarikat insurans atau pengendali takaful pihak ketiga yang didapati bersalah.
Ringkasnya, perlindungan yang ideal untuk anda perlu mempunyai ciri-ciri takaful kereta terbaik termasuk:
- Bersedia berkhidmat untuk anda 24 jam sehari
- Melindungi kereta anda walaupun bukan anda yang memandu
- Memudahkan proses permohonan dan pembaharuan pelan perlindungan
- Memberikan anda nasihat terbaik untuk nilai pampasan maksimum
- Berkongsi lebihan daripada Dana Takaful Am bersama anda
Nikmati kesemua manfaat ini bersama takaful kereta Etiqa. Pilihan jutaan pengguna kerana perkhidmatan kami direka mengikut keperluan rakyat Malaysia.
Sama-sama kita saling membantu, bila-bila sahaja yang anda perlu.
Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah produk yang layak dilindungi oleh PIDM sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM atau hubungi Etiqa General Takaful Berhad atau PIDM (layari www.pidm.gov.my) I Ahli PIDM
Maklumat yang terdapat dalam blog ini disediakan untuk tujuan makluman sahaja, dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat mengenai apa jua perkara. Etiqa tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul disebabkan maklumat yang terdapat dalam penulisan ini. Maklumat ini sah dan tepat pada tarikh ia diterbitkan, 24 Oktober 2024.